13 February 2011

Cara belajar Sains...



Cikgu nak cerita sikit ni....macam mana nk belajar Sains. Tips2 la sikit....


Kenapa ramai pelajar yang menganggap subjek Sains itu susah? Sedangkan dalam subjek Sains itulah berbagai-bagai perkara yang dipelajari. Daripada yang logik difikirkan oleh akal, sehinggakan yang tidak tercapai oleh akal (tak logik langsung pun ada). Jadi disini cikgu sertakan cara-cara untuk belajar Sains dengan lebih berkesan.


a) Baca dahulu sebelum masuk ke kelas.
  • Memang kalau dalam sesi motivasi pun, ini juga lah yang ditekankan. Bukan perlu baca sampai faham. Paling kurang pun sekadar tengok gambar. Kalau nak lagi mantap, buat lah nota dahulu sebelum masuk ke kelas.
  • Untuk kelas cikgu, selalunya cikgu peruntukkan 10 minit untuk pelajar membaca apa yang bakal mereka belajar (untuk kelas belakang la kerana mereka tidak akan membuat nota dan membaca buku dirumah). Namun bagi kelas hadapan, buat nota dahulu sebelum kelas adalah ditekankan.

b)  Tumpukan perhatian pada pengajaran guru.
  • Ini kerana setiap patah perkataan guru umpama sebutir ilmu. Jangan sia-siakannya dengan menyembang dan bermain di dalam kelas. Tambah2 kelas 'Pascal'. Banyaknya mulut....
c) Buat ulangkaji selalu.
  • Ulangkaji bukan saja pada waktu nak exam. Setelah tamat waktu persekolahan, rehatkan minda selama lebih kurang 15 minit. Kemudian buka semula buku Sains yang kamu belajar disekolah tadi. Baca semula dan ingatkan semula apa yang cikgu ajar dalam kelas.(baca juga untuk subjek lain)
  • Setelah itu kamu mempunyai masa terluang yang banyak untuk kamu bermain dan menonton tv pada petang hari.
  • Malam hari dikhaskan untuk menyelesaikan kerja rumah yang diberikan oleh cikgu2.
d) Belajar Sains setiap minggu.
  • Pada hujung minggu, buka lagi buku Sains kamu. Jangan dibiarkan terperap dalam beg dan hanya dibuka masa disekolah sahaja. Jadi daya ingatan kamu untuk subjek Sains sentiasa di'refresh'kan dari semasa ke semasa. Tidak lah kamu cenderung untuk lupa. Ini kerana berbagai-bagai istilah Sains yang bakal kamu jumpa dan kamu perlu mempunyai ingatan yang kuat untuk mengingat.

e) Lukis dan label berkali-kali.
  • Subjek Sains tak akan dipisahkan dengan gambar rajah. Cikgu sendiri sentiasa berpesan kepada pelajar cikgu untuk membawa pensel dan pemadam untuk tujuan melukis. Jadi bagaimana untuk mengingat struktur jantung atau kulit dengan hanya melukis dan melabelkannya sekali sahaja.
  • Jadi untuk lukis gambar rajah yang pertama seumpama kamu meniru dari buku teks. Gambar rajah yang kedua dilukis dengan melihat sedikit sahaja. Masuk yang ketiga mungkin sudah boleh ingat kesemuanya. Masuk pula yang ke empat dan ke lima kamu sudah boleh menghafal gambar rajah itu dan labelnya sekali.
f) Cuba buat semua bentuk soalan.
  • Ini persediaan menghampiri minggu2 exam. Bersedia dengan pelbagai jenis soalan yang bakal ditanya dalam exam. Ini kerana sesetengah pelajar faham apa yang mereka belajar tetapi mereka tidak faham kehendak soalan.
  • Buat semua bentuk soalan, sama ada soalan aneka pilihan (objektif), struktur (subjektif) atau essei. Jgn hanya memilih bentuk2 soalan yg disukai shj.
  • Beli buku2 kerja yg memberikan model jawapan. Dgn cara begini, anda boleh membandingkan kawapan anda dgn contoh/model jawapan yg diberikan.
  • Cikgu akan cuba sertakan soalan-soalan dalam blog ni.
g) Beli buku2 soalan tahun2 lepas.
  • Tujuannya adalah supaya anda dpt membiasakan diri dgn bentuk2 soalan peperiksaan. Anda juga akan tahu ciri2 soalan yg kerap keluar dlm peperiksaan.
  • Cuba jawab soalan2 ini selalu supaya secara tdk langsung anda akan tahu bentuk & ciri soalan yg kerap keluar dlm peperiksaan.
  • Dgn cara begini juga, kamu akan mempelajari banyak topik kerana dlm proses mencari jawapan, kamu secara tdk langsung membaca & mempelajari fakta2 bg sesuatu tajuk.
h) Belajar secara teratur.
  • Fungsi bg setiap struktur spt sel, organ, bahan, kamu mesti tahu apa fungsinya.
  • Ciri2 - apa ciri2 proses tertentu dlm sel spt mitosis, meiosis...(kadang-kadang pelajar tidak tahu apa itu ciri-ciri, jadi bagaimana hendak menjawab soalan)
  • Di mana (fikirkan ttg di mana sesuatu proses itu berlaku, sbg contoh fotosintesis)
  • Contoh (mesti boleh memberikan contoh2 spesifik spt contoh2 asid)
  • Kesan (banyak soalan yg akan bertanya ttg kesan yg mungkin berlaku bg sesuatu proses atau kejadian. Sbg contoh kesan baik & buruk penggunaan kimia dlm makanan atau penggunaan teknologi dlm kehidupan)
  • Faktor (ketahui apa faktor2 yg boleh memberi kesan ke atas sesuatu proses atau kejadian spt kadar penyejatan atau kadar fotosintesis)
  • Graf (kaji dan pelajari graf)
  • Kenapa (selalu tanya diri anda mengapa. Sbg contoh mengapa darah boleh membeku, kenapa berlaku kejadian siang dan malam. Soalan2 begini membolehkan anda mencari jawapan atau penjelasan)
  • Melukis & melabel (kaji diagram atau gambar dgn teliti. Buat latihan melukis dan melabelnya tanpa melihat diagram asal)
  • Definisi (bila mempelajari sesuatu yg baru, pastikan anda tahu menyatakan atau menulis definisinya. Sbg contoh, apa maksud fotosintesis, apa maksud respirasi, dan sebagainya...)
i) Selain itu, cikgu2 perlu pandai menarik minat pelajar untuk meminati Sains. Bukan hanya nak menghabiskan silibus sahaja. Malah cikgu sendiri agak terkejut kerana terdapat seorang pelajar cikgu yang dari kelas paling belakang mendapat markah 80% dalam 3 kali ujian bagi markah Sainsnya.

j) Pemakanan juga sangat penting untuk perkembangan otak. Ini kerana belajar Sains memerlukan daya ingatan dan daya kefahaman yang tinggi. Dalam kelas cikgu, cikgu tekankan juga tentang pemakanan. Jadi yang mempraktikkannya tu bagus la....

Sekian.


3 comments:

  1. tgk background pn dh seram..mcm nk suh jd mcm enstein dh

    ReplyDelete
  2. aha animob.. kamek pun tumpang seram ..

    ReplyDelete
  3. amboi...ni baru ckit...nnti leh kalah keseraman cite hantu mak limah balik umah....huhuhuhuuhu....

    ReplyDelete